Saturday, 30 July 2016

Kembali

hi,
Setelah berbulan tak menulis, saya kembali untuk berkongsi dengan semua. Dalam beberapa bulan ni saya mempelajari satu benda iaitu tidak semua apa yang kita ingini kita akan dapat, bersyukur dengan apa yang kita dapat kerana itu yang terbaik untuk kita. sekarang kembali bergembira dengan senyuman paling indah.

tak sabar nak kongsi tips dan diy tentang majlis perkahwinan saya yang akan berlansung tidak lama lagi. Lebih baik bergembira dari berduka.

Monday, 16 May 2016

Contoh barang hantaran

Barang hantaran yang saya telah beli untuk diri sendiri adalah barang yang akan saya pakai nanti. Antara barang yang telah di beli adalah seperti berikut

  • Minyak wangi

Ini antara minyak wangi pilihan saya untuk hantaran nanti, hadiah dari si dia sebenarnya. Saya suka dan jatuh cinta dengan baunya yang wangi. Mungkin akan tambah satu jenis lagi minyak wangi dari jenama berbeza.

  • Telekung

Telekung siti khatijah menjadi pilihan saya untuk salah satu barang hantaran, saya beli di butik siti khatijah di bangi sentral. Sebelum ni memang mak saya menggunakan telekung ini untuk solat harian,  jadi saya pun teruja untuk memiliki telekung tersebut. memang sangat selesa dan materialnya sangat nyaman dan berkualiti tinggi. 

  • Al quran

Al quran ini sangat bagus kerana saya memang bercadang mendalami dan memperbaiki tajwid, selain untuk bacaan harian, Al quran ini juga menyeronokkan kerana mudah di fahami dan menarik minat kita untuk membaca dan terus mendalami Al quran.

  • Coklat /Manisan


coklat pilihan saya, hantaran ni belum beli lagi. Walaubagaimanapun coklat pilihan saya ialah ferrero rocher, kerana senang untuk di beli di pasar raya, bentuknya pun cantik dan coklat yang sedap. Harap tidak berubah fikiran lagi lepas ini.

  • Bag dan kasut
Belum di beli dan masih berfikir untuk beli bag dan kasut jenama apa, nanti saya update 


Setakat ni saya hanya mampu mengatakan barang hantaran hanyalan sebagai memuaskan hati kedua belah pihak, untuk pengtahuan semua barang hantaran ni hanyalan adat dan tidak penting pun sebenarnya. Tapi untuk memeriahkan suasana majlis perkahwinan sahaja.harap dapat membantu mereka yang buntu mencari barang hantaran majlis perkahwinan anda. 




Cara Merancang Barang Hantaran

Assalamualaikum,
Lama betul saya tidak menulis di sini, sekarang saya kembali. Nak cerita tentang barang hantaran yang dah di beli dan di rancang. Kami berdua sepakat untuk membeli barang sendiri-sendiri, dalam kata lain barang saya, saya yang beli, barang dia, dianyang beli, mudah sikit nak memenuhi citerasa sendiri. 

Beli barang hantaran ni ada caranya. Antara teknik mudah yang harus diketahui oleh bakal pengantin untuk merialisasikan majlis perkahwinan dan kebaikan dikemudian hari. Antara teknik tersebut ialah


  1. Membeli barang keperluan yang akan di pakai selepas majlis perkahwinan (bag, minyak wangi, jam, kasut)
  2. Banyakkan makanan dan manisan (kek, coklat, manisan, kuih muih) makanan boleh di makan nanti.
  3. Rancang kos untuk membuat hantaran (recycle bekas hantaran sedia ada. Pinjam atau menyewa)
  4. Beli barang hantaran mampu milik, jika anda rasa tidak mampu untuk membeli bag yang mahal, belilah bag yang harga sederhana yang mampu milik, semua ini terpulang kepada anda
  5. Diy sendiri hiasan hantaran, lebih mudah, jimat dan berkreativiti jika dapat membuat hantaran sendiri, nilai sentimental tu mendalam dalam setiap gubahan yang di lakukan. Cubalah rasai kepuasan tersebut.
Tepuk dada , tanya hati..

Thursday, 14 April 2016

Outdoor Wedding Yang Indah

Pernah terfikir majlis perkahwinan dalam taman? Di kelilingi pokok-pokok dan dedaun hijau serta bunga segar? Di bawah langit terbentang luas. Sangat terpukau untuk sesiapa sahaja yang melihatnya. Majlis perkahwinan yang di adakan di kawasan luar rumah boleh menjadi sejarah terindah dalam kehidupan pengantin yang inginkan suasana semulajadi dan tenang.

Saya juga penah terfikir majlis perkahwinan sebegini, sangat menarik dan memukau, tetapi memandangkan di malaysia adalah musim khatulistiwa dan apabila majlis pada bulan akhir bulan akan mengalami musim tengkujuh, jadi perlu di fikirkan secara bijak la ramalan cuaca nanti,apa kata jika majlis perkahwinan di buat pada awal bulan? Idea yang bijak, hujan kita tidak dapat tentukan bila akan turun, jadi berserah la dan bijak memilih tarikh yang sesuai. 

Akan tetapi keadaan cuaca tidak menjadi masalah jika kita yakin dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan majlis tersebut. Kalau hujan redha je la. Di bawah saya ingin tunjukkan contoh outdoor wedding yang sangat menarik dan boleh di jadikan rujukan kepada bakal pengantin untuk merialisasikan majlis idaman mereka. 



Diy pelmin gaya vintage dan juga di jadikan photobooth yang bertemakan suka hati dan artistik. Suasana hijau dan putih sangat sesuai untuk outdoor wedding ini. Semestinya menjadi kenangan abadi kepada semua orang yang hadir di majlis perkahwinan anda nanti. 



Gunakan kain yang panjang  sebagai hiasan sampingan. Hanya letak di pokok untuk juraian yang  menarik





Hiasan menggunakan paper lantern dan juraian reben juga salah satu hiasan yang sangat indah dan nampak klasik dan vintage



Wednesday, 13 April 2016

Pelamin Rustic

Hari ni nak bercerita tentang pelamin perkahwinan. Sesebuah majlis perkahwinan tidak lengkap jika tiada pelamin. Untuk merealisasikan sesuatu majlis perkahwinan, pelamin adalah salah satu antara list yang penting untuk pasangan yang akan melansungkan sesbuah perkahwinan,

Keadaan ini tidak bermaksud, jika tiada pelamin tidak meriah perkahwiann tersebut, tetapi untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan dan mengembirakan hati semua orang. Pelamin yang sederhana dan meriah akan menjadi kenangan abadi majlis perkahwinan nanti.

Percayalah dengan bajet yang rendah anda boleh diy atau menempah pelamin yang jimat dan menarik. Pernah dengar pelamin gaya rustic, iaitu menggunakan kayu pallet yang menjimatkan. Salah satu list pelamin idaman saya adalah menggunakan tema rustic.

Selain itu saya juga berminat untuk menggunakan tema vintage, winter wedding, garden wedding dan juga english wedding. Impian setiap orang berbeza, mungkin hanya kita yang mampu merialisasikan pada majlis tersebut nanti

Di bawah saya tunjukkan contoh pelamin yang menggunaka tema rustic untuk perkongsian bersama, berminat boleh di jadikan rujukan kepada semua. Dengan menggunakan RM100 hingga RM200 anda boleh dapat pelamin gaya rustic dan boleh diy pelamin idaman untuk kepuasan sediri.








Sangat menarik dan artistik





Promosi Tiket Air Asia 2016

Nak tiket murah untuk melancong atau honeymoon nanti?? Air asia ada promosi sekarang, cepat- cepat book tempat sebelum kehabisan.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Air Asia

Monday, 11 April 2016

Festival Nasi Ambeng 2016

Pengemar nasi ambeng kini boleh mencuba untuk merasai kesedapan nasi tersebut di festival nasi ambeng yang akan diadakan pada 16 dan 17 april 2016 bertempat di Kampung Banghuris, Sepang Selangor

Nasi ambeng pada mulanya popular di kalangan masyarat keturunan jawa, tetapi kini kebanyakan masyarakat mengemari nasi tersebut kerana kesedapan dan lauk yang pelbagai variasi. Saya salah seorang pengemar nasi ambeng, terutamanya ayam kicap, jika lauk ayam kicap adalah terbaik maka sedap la nasi ambeng tersebut. Untuk anda yang nak cuba merasai keenakan dan mencuba pelbagai variasi nasi ambeng boleh cuba datang nanti, saya juga akan pergi ke sana nanti. Bak kata seseorang tu jom diet! 


Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web rasmi JKKN

Kelebihan Puasa Sunat





1. Pemulihan sel-sel kulit

Sel-sel kulit manusia yang telah mati perlu diganti atau dengan kata lain nafas kembali. Anda tidak perlu bantuan produk atau ubat tertentu yang perlu diambil. Anda hanya perlu melakukan puasa senin kamis secara rutin. Hal itu dikarena, berkaitan dengan metabolisme dalam tubuh manusia yang berhenti saat berpuasa, dan itu menyebabkan sel-sel tubuh dapat bekerja lebih aktif lagi, seperti halnya sel-sel kulit.

2. Mengencangkan kulit

Mungkin anda tidak percaya apa hubungannya antara puasa senin kamis dengan pengencangan kulit. Seperti halnya peremajan kulit, apabila anda berpuasa sehari penuh metabolisme dalam tubuh juga ikut berehat sehingga membuat sel-sel dalam tubuh bekerja lebih maksimum. Hasilnya, antara lain, organ tubuh luar, seperti kulit akan lebih sihat dan kencang. Cuba buktikanlah!

Tanpa kajian dari para saintis, anda pun boleh berfikir secara logik, jika puasa puasa senin kamis boleh meneluarkan toksin atau racun dalam tubuh. Racun yang bercampur dalam lemak, darah, atau bahagian yang lain itu berasal dari makanan dan minuman yang kita konsumsi sehari-hari.

Untuk mengeluarkannya bukan hanya dengan bersenam sahaja. Namun, anda perlu berhenti mengambil makanan dan minuman sekurang-kurangnya selama sehari, agar racun dapat dikeluarkan dengan berkesan. Pengeluarannya boleh melalui peluh, air kencing, atau saat anda buang air besar. Cara puasa senin kamis memang dipercaya ampuh untuk mengelurkan racun yang sudah mengendap dalam tubuh.

Jika racun-racun tersebut sudah keluar, maka anda akan merasakan badan anda lebih segar dan bugar.

4. Memberikan rehat untuk organ pencernaan

Organ perncernaan dalam tubuh yang anda miliki diibaratkan seperti mesin, sebut saja enjin kenderaan bermotor. Tidak mungkin sebuah mesin boleh dihidupkan dan dijalankan terus menerus kerana hanya akan merosakkan salah satu atau lebih onderdil atau sparepart bahagian dari mesin tersebut.

Oleh kerana itu, enjin kenderaan bermotor juga memerlukan rehat agar tidak cepat rosak komponen di dalamnya. Selain itu, juga memerlukan rawatan yang rutin.

Seperti juga organ pencernaan dalam tubuh anda yang memerlukan rehat untuk tidak bekerja sekurang-kurangnya sehari hingga dua hari dalam seminggu. Hal itu berfungsi untuk mengoptimumkan fungsi organ pencernaan, mengeluarkan racun-racun dalam organ pencernaan, serta sebagai rawatan rutin agar tidak cepat rosak untuk organ pencernaan anda.

Satu-satunya cara berkesan yang boleh anda lakukan untuk merehatkan organ perncernaan adalah puasa Isnin Khamis.

5. Kurangkan kadar lemak
Lemak memang salah satu nutrisi yang diperlukan tubuh anda. namun, jika anda mempunyai lemak dalam tubuh yang terlalu banyak tentu hanya akan membuat penyakit datang. Oleh kerana itu, kelebihan lemak dalam tubuh anda harus dihilangkan.

Ada tiga cara yang sangat berkesan dan boleh anda lakukan segera, iaitu bersenam secara teratur, melakukan diet yang menyihatkan, dan melakukan puasa Isnin Khamis. Ketiga cara tersebut jika dilakukan dengan betul, dijamin akan menurunkan kadar lemak dalam tubuh anda. akibat positifnya, tubuh anda akan terhindar dari gangguan penyakit, seperti tekanan darah tinggi atau kolesterol.

6. Mempercantik kaum wanita secara semulajadi

Dengan berpuasa Senin Kamis, sel-sel tubuh akan mengalami penyusunan semula atau penggantian secara teratur. Hal itu yang menyebabkan sel-sel dalam tubuh anda selalu mengalami peremajaan. Dengan begitu, organ dalam mahupun luar tubuh anda akan menjadi lebih sihat dan segar. Misalnya, pada organ kulit yang mengalami peremajaan sel-sel kulit akan menjadikan kulit wajah lebih bersih, segar, dan kelihatan cantik.

Bagi anda para wanita yang menginginkan kelihatan selalu tampil cantik dan awet muda, tidak ada salahnya cuba melakukanpuasa senin kamis.

7. Menenangkan jiwa dan perasaan

Orang sudah terbiasa melakukan puasa senin kamis biasanya dapat lebih mengawal fikiran dan perasaannya. Sebagai contoh, dengan puasa senin kamis orang dapat lebih bersabar, mengawal hawa nafsu, dan fikiran-fikiran kotor atau negatif. Dengan terkontrolnya fikiran, akan menyebabkan ketenangan jiwa. Bagi anda yang selama ini selalu dihantui rasa takut, tekanan, kemurungan, atau mengarah pada gangguan kejiwaan. Cuba mempraktikkan puasa senin kamis agar fikiran dan jiwa anda lebih tenang dan terkawal.

8. Mampu menundukkan hawa nafsu

Orang yang sering melakukan puasa isnin kamis lebih mampu dan mahir mengendalikan hawa nafsu yang selalu bergelora dalam hati dan fikirannya. Contoh yang logik adalah seorang pemuda atau pemudi yang selalu merasa kesepian dan selalu terbayang berkaitan dengan lawan jenisnya. Setiap manusia normal pasti berharap seperti itu. Namun, hawa nafsu seperti itu harus selalu dikawal agar tidak menimbulkan kesan negatif pada diri yang bersangkutan.

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengendalikan hawa nafsu adalah melakukan puasa Isnin Khamis.

9. Lebih peka terhadap alam sekitar sekitar

Saat anda melakukan puasa Isnin Khamis, pasti akan merasakan lapar dan haus yang sangat. Rasa seperti itulah yang dirasakan oleh banyak orang miskin dan tidak mampu. Mereka untuk mengisi perut agar tetap boleh hidup hingga mengemis atau memungut makanan sisa dari tumpukan sampah. Namun, anda tentu lebih beruntung kerana tidak mengalaminya. Oleh kerana itu, orang yang biasa berpuasa Senin Kamis lebih peka terhadap keadaan persekitaran sekitar.

Rasa ini menjadi lebih besar apabila orang yang berpuasa tersebut mengalami rasa lapar dan haus, seperti yang dirasakan orang-orang miskin.

10. Lebih banyak beramal

Orang yang terbiasa puasa Isnin Khamis akan lebih meningkatkan amalan ibadahnya dengan banyak beramal. Misalnya, memberikan bantuan kepada fakir miskin, orang yang tidak mampu, atau kepada anak-anak yatim. Orang tersebut yakin dengan banyaknya amalan tambahan pendamping puasa Isnin Khamis yang dijalankannya, maka akan memperoleh banyak pahala yang berlipat.


Alhamdulillah banyak manfaat dan kelebihan puasa sunat ini, selain mendapat pahala berlipat kali ganda, puasa sunat juga dapat mendidik kita menjadi insan yang lebih bersabar dan berdisiplin. Oleh itu ayuh kita amalkan mulai sekarang 

Saturday, 9 April 2016

Idea Kasut Kahwin

Assalamualaikum

Hari ni saya nak kongsi idea kasut kahwin yang menjadi idaman semua orang untuk merialisasikan impian sesebuah perkahwinan. Bagi sesetengah orang kasut adalah benda yang tidak  terlalu penting untuk di selitkan dalam list perkahwinan, apatah lagi jika sesuatu majlis perkahwinan tersebut dibuat di rumah keluarga sendiri. Jesteru kasut adalah perkara yang terakhit akan di fikirkan. 

Lain pula bagi saya kasut adalah sangat penting, walaupun majlis perkahwinan nanti akan dibuat di rumah, saya tetap pentingkan kasut yang selesa dan kasut tersebut boleh saya gunakan selepas majlis perkahwinan, tidak la nanti terperak sahaja dalam kotak kasut sehingga berkulat. Sangat tidak berbaloi. Oleh itu saya inginkan idea kasut yang flaksibel dan selesa di pakai. Selain itu saya sukakan kasut yang tertutup dan rekaan lace atau simple iaitu rekaan yang kosong sahaja tanpa perincian.

Mak saya selalu berpesan kalau beli kasut lebih baik bertutup, tampak lebih manis. So saya fikirkan idea kasut kahwin saya jenis yang bertutup atau sedikit terbuka di bahagian hadapan, tetapi tetap tertutup kerana pakai stokin. Di sini saya tunjukkan idea kasut kahwin untuk di kongsi bersama.








Antara contoh idea kasut kahwin pilihan saya!






Monday, 4 April 2016

Deko Bilik Tidur Idaman

Bilik tidur adalah tempat yang sangat penting, selain tempat berehat setelah seharian berkerja, bilik tidur juga adalah tempat untuk menghilangkan stress. Bilik tidur yang kemas akan dapat merehatkan minda yang bercelaru. Oleh itu untuk membangkitkan suasana idaman di bilik tidur. Saya ingin berkongsi inspirasi yang saya sangat suka untuk  dihias di dalam bilik tidur. 

Deko bilik tidur idaman dengan menggunakan warna putih dan bertemakan tema kegemaran saya iaitu vintage dan fairy tale. Saya sangat menyukai dekorasi menggunakan cadar putih atau cream dengan meletakkan hiasan lampu fairy lights. Suasana suram menimbulkan suasana ketenangan dengan fairy light yang mewujudkan fairy tale. Saya sangat menyukai dekorasi ini kerana dengan suasana yang suram saya dapat merehatkan minda setelah seharian berkerja. Selain menimbulkan mood romantis dan tenang.

Disini saya berkongsi gambar deko bilik tidur idaman yang memang saya idamkan, selain untuk jangka masa yang panjang hiasan ini di gunakan nanti, saya juga bercadang untuk menghias bilik pengantin seperti ini. 

Untuk pengetahuan semua, melalui pencarian saya, lampu fairy lights tersebut boleh di beli di jalan pasar berdekatan petaling street. Jalan pasar adalah tempat menjual banyak barang-barang elektronik dan juga lampu-lampu yang menjadi idaman anda. Lebih senang anda ringan mulut untuk bertanya di manakah kedai menjual fairy lights. Selamat mencari!







Ini antara contoh deko bilik tidur idaman saya, menggunakan katil ikea yang sangat vintage, kelambu dan juga fairy light. Katil ikea ini dah lama saya minat dan berhajat beli nanti untuk rumah kami setelah berkahwin. Tetapi Mr H cakap katil tu tidak kukuh dan bakal patah. Saya tetap dengan pendirian saya untuk beli katil tersebut. 

Kelambu tersebut boleh di beli di gm klang. Harganya sangat murah daripada anda beli secara online. Pastikan anda tawar menawar untuk mendapatkan harga yang paling murah.









ini adalah contoh diy yang menarik minat dan menjadi inspirasi untuk saya nanti. 

Berminat nak beli fairy lights dengan saya boleh email xxadrianahusseinxx@gmail.com





Saturday, 2 April 2016

Tempat makan sedap di Terengganu

Assalamualaikum, selamat malam, ada seorang kawan kongsi kat saya senarai makanan yang menarik di Terengganu. Kepada yang ingin datang ke terengganu boleh la mencuba makanan menarik dan sedap di bawah. Senarai tempat makan tersebut dalam bahasa terengganu. Pekak molek ayat ganu ni! Kihkih

Nasi Dagang:
1. kak poh batu buruk,
2. nasik dagang kat kapung atas tol,
3. nasik dagang dalam pasor keda buluh,
4. nasi dagang kak joh bukit besar,
5. nasi dagang mok ngoh chendering,
6. nasik dagang warisan kat tepi shell batu buruk tepi keda hok jual roti cana

Burger: Awang beger depang spital kuala tranung

Air asam boi kasturi:
1. Air asam boi kasturi power & piyooorrr mat paker rhu dua marang.

Nasik Minyok:
1. nasik minyok john blakang aeon kapung sri kolam,
2. nasik minyok zaki depang giant bukit besor,
3. nasik minyok jenab kat depan KEMAS kuala bekoh tepi dia ada stor geh,
4. nasi minyok kat tanjung depan Hock Kee Seng (Dulu Astaka),
5. Nasi minyak aziz kat hiliran depan perodua

Nasik Lemok:
1. nasik lemok bromoh pasir panjang,
2. nasik lemok atah court kg ladang (sebeloh seng heng),
3. nasi lemok kak dah kat gerai food court beteng tanjung blakang hock kee seng astaka

Rojok Keling:
1. restoren selamat jalan tok lam,
2. rojok sultan kat area sipang 3 skoloh tengku ampuan mariam menuju ke kapung ladang,
3. rojok sultan kat depan petronas chendering tepi car wash,
4. rojok keling di kedai awang A kat kapung Gong Pak Maseh

Rojok Kateh:
1. Kedai ben10 tepi stadium bola bando,
2. Kedai Air Nyior kat bulatang skoloh SKSS1

Nasik Ayang:
1. Nasik ayang nurul Iman kat depan skoloh arab batu buruk,
2. nasik ayang meto kat jalan nok gi muzium,
3. nasik ayang hainan kat bazar batu buruk
4. Nasi Ayang Pok Kedai Congok Gong Pak Maseh, Beli sebungkus buleh makang 2 org

Roti Payang:
1. nurul islamiah kat lekoh jalan Kamaruddin
2. Roti payang belakang McD Dungun.

Nasik Belacang:
1. kedai sri wani bromoh kat depang surau besor tanjung

Sup:
1. Sup Atas Pasor Payang (sebeloh nasik minyok rozak)
2. Sup Pok Wahab Padang Tengir, Manir (Kalu gi hari Khamis, puas nunggu lah)

Mee Talang:
1. Kedai goreng pisang kat tepi skoloh rendoh sri budiman,
2. se lagi pulau kambing...nyakot molep hok tu..

Ikang Celup Tepong:
1. Warung Pok Nong kat Kampung Telipot,
2. warung kat pata pandak depang hok tutup nge pagor utk pembinaang hotel

Mutabok:
1. Kedai buruk kaler kuning depang Hock Kee Seng (Astaka lama)

Nasik Kapit Gula Ikang Aya :
1. Kedai depang Shell Chabang 3,
2. Warung Norazila kat depang masjid terapung

Satey:
1. Satey Lina kat area Waterfront Pula Kambing,
2. satey pata timur kat batu buruk sebeloh batu buruk beach resort,
3. satey jam besor di seberang takir dekat kem askor

Ikang bakor:
1. Ikang bakor bukit tunggal (ada cawangan di pasir panjang),
2. ikang bakor di Cairo Tomyang kat tepi skoloh pusak chabang 3,
3. ikan bakor hamid keda bowoh jambatang koliba

Kuih Muih Tradisi:
1. Kedai kat trafik light nok gi ke panji alam dan gong kapas,
2. kedai kat trafik light simpang 3 sekoloh tengku ampuan

Mee Goreng Basoh:
1. Kedai mat nawi & mat sarip kat area spital haiwang pula kambing,
2. keda mek comel kat rumah org tp dia wat keda betul2 depan skoloh rendoh Tok Dir

Nasik Padang:
1. Restoren safinaz kat istana badariah dan masjid putih,
2. Rex nasik padang kat Showroom toyota bandar kuala tranung
3. Erwina nasi Padang jln Tok Lam

Nasik Campur:
1. Warung kedai binjai kat depan hotel sri malaysia kuala tranung,
2. restoren mat binjai kat depan wisma sri tenang
3. Gerai bowoh gertok Gaung Kuala Berang – Ikan baung masak tempoyok

Nasi ulang cicoh budu:
1. Warong lempeng kat kapung rusila depang masjid rusila

Makang Pagi Muroh Teh O 30 Seng:
1. Warung Che Nah jalan losong dekat Muzium

Pulut Lepe (pulut panggang) :
1. Pulut lepe bonda kat tepi sekoloh rendoh ladang,
2. pulut lepe kat tepi wisma persekutuan tepi steseng minyok caltek

Meggi Dapur Kayu:
1. kat kapung Padang Machang (lokasi payoh skit sbb dalang kapung.. kena tanya penduduk setempak)

Mee Udang Galoh:
1. Warung Pok Jak kat tepi masjid kampung tanjung sabtu manir

Nasi Khabu :
1. Nasik kerabu ala thai kat jalan pasir panjang,
2. nasi kerabu ayam/daging bakar norra rich kerabu gong datuk (dekat pintu blakang uniza)

Nasi ayang / daging bakar dan sup herba :
1. Kedai alhijrah Oasis kat jalan bukit bayas

Sup belut:
1. Kampung belukar jambu kat selekoh lepas 100 meter signboard kampung belukar jambu dari kapung laut

Nasik lemok kakung, nasik kuning:
1. Warung tepi hotel permai inn blakang warung mat jeng

Cikeng chop:
1. yee stall kat bazar batu buruk tepi nasik ayang hainan,
2. cikeng chop rege rm3.90 kat teluk ketapang

Mee jawa, soto:
1. Warung kat gong kapah sebeloh bangunan umno

Nasik goreng cina, watangho:
1. kat keda cina kapung depang masjid batu rakit kedai naik bukit skit

nasi kukus:
1. baihaqi nasi kukus jalan tok lam bawah hotel indah,
2. yasmin nasi kukus jln kamaruddin

Faham ke? Kalau tak faham redha je la.


centerpieces


Majlis perkahwinan tidak lengkap jika tidak ada bunga-bunga di sekeliling sebagai hiasan. Selain mencantikkan ruang, bunga hiasa juga dapat menwujudkan aura positif dan kegembiraan kepada semua. Untuk centerpieces nanti saya ingin diy pada masa majlis perkahwinan saya. Selain menjimatkan saya kan puas dengan hasil kerja saya sendiri. Untuk anda yang tidak mengetahui fungsi centerpieces ini adalah untuk di letakkan di tengah meja bulat untuk tetamu atau di depan meja makan beradap. Bertepatan dengan tema yang anda ingini.

Botol kaca susu

Contoh-contoh centerpieces  yang akan saya letakkan nanti di atas meja adalah seperti dalam botol kaca susu. Untuk menampakkan kemeriahan pada botol kaca tersebut anda boleh hias menggunakan tema rustic atau vintage. Selain menggunakan bunga-bunga segar anda juga boleh gunakan bunga hiasan yang lebih murah harganya. Selain jimat, bunga tersebut lebih tahan lama.


 Kira-kira bajet 
  • Botol kaca susu beli di ikea RM2.50  sebiji  6 botol RM15
  • Lace + tali guni+ kain guni RM10
  • Bunga hiasan beli di kaison atau kedai bunga RM20
  • Total untuk 6 biji centerpieces menggunakan botol kaca susu RM45
Maka inilah hasilnya lebih jimat dan berbaloi-baloi cantik apabila diy. Hasilnya akan memuaskan hati apabila kepuasan wujud.




Botol mason

Botol yang sangat vintage dan banyak di jual dimana-mana sahaja. Botal mason ni dah ada 3 biji di rumah saya untuk di buat air detox setiap hari, jadi boleh la di gunakan barang sedia ada di rumah untuk mendapatkan hasil centerpieces yang exotic dan kretif. Untuk anda yang sukakan tema rustic boleh menggunakan pelbagai material fabrik guni sebagai balutan kepada botol mason tersebut. Untuk tema vintage pula bole menggunakan reben-reben yang menarik untuk bertepatan dengan tema tersebut

Kira-kira bajet
  • Botol mason boleh di beli di kedai jepun daiso atau kaison harga sebiji RM5 , saya perlu beli 3 biji kerana di rumah ada 3 biji. So harga 3 biji RM15
  • Reben+kain guni +tali guni RM10
  • Bunga hiasan beli di kaison RM20
  • Total RM45







wahh! Dengan kos yang jimat anda boleh dapat centerpieces yang sangat menarik seperti ini



Selain daripada botol-botol di atas, anda juga boleh menggunakan botol yang sedia ada dirumah seperti botol sos atau tin susu pekat/ cair. Lebih jimat dan kreatif. Contoh seperti berikut. Kos untuk botol tersebut boleh di tolak hanya tambah kos bahan sampingan seperti reben,tali guni dan fabrik kain guni serta bunga sahaja. Sangat menjimatkan!








Contoh Barang Hantaran Simple

Assalamualaikum

Hari ini saya nak kongsi contoh barang hantaran yang saya fikir sangat tepat dan simple. Banyak contoh barang hantaran yang saya fikirkan bersesuaian di letakkan nanti, tetapi apabila fikir kembali. Saya merasakan hanya barang-barang yang perlu sahaja saya akan beli untuk menampakkan kemeriahan majlisnperkahwinan saya nanti.

Sehubungan dengan itu, barang hantaran yang telah saya setuju adalah seperti berikut:

Barang hantaran untuk lelaki

  • Buah-buahan
  • Kek
  • Coklat
  • Manisan
  • Wallet dan belt
  • Jam
  • Sepasang baju melayu
  • Sireh junjung
  • Minyak wangi

Barang hantaran untuk perempuan
  • Buah-buahan
  • Kek
  • Coklat
  • Telekong
  • Al-quran
  • Bag
  • Sepasang kain pasang
  • Sireh junjung
  • Cincin/rantai
  • Minyak Wangi

Mengikut adat, memang pihak perempuan sepatutnya memberi hantaran lebih kepada pihak lelaki, tapi saya rasa ok agaknya sama jumlahnya atau saya akan fikirkan lagi untuk tambah apa yang patut nanti. Harap contoh di atas dapat memberi panduan kepada anda juga. Lagi senang kalau tak payah barang hantaran. Tapi begitulah keadaannya apabila tanya banyak pihak perlu jugak hantaran ni. Untuk menyenangkan semua pihak kita sediakan juga barang hantaran yang perlu sahaja, tapi banyakan barang hantaran yang berbentuk makanan atau manisan. 


Thursday, 31 March 2016

Resepi Mash Potato Ala KFC



Bahan-bahan utama
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. 
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit  dan lenyek lagi sehingga rata.

Bahan-bahan Resepi Sos 
1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang sehingga bertukar warna sedikit perang.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api ( jika sos berketul masukkan dalam blender untuk cairkan sos tersebut)

Senang sahaja resipi ni. Cuba la, sesuai untuk hidangan kepada teutamu yang ramai. Mudah dan lazat. Sesuatu yang mudah adalah kegemaran saya. Semua orang suka mash potato ni.

Wednesday, 30 March 2016

Inspirasi diy : Tempat letak kasut yang murah dan jimat

Assalamualaikum

Hari ni saya kerja dan saya rasa sangat bosan, entah kenapa dua tiga hari ni rasa hati berbelah bahagi dan tidak keruan. Mengantuk yang amat sambil hilangkan mengantuk saya ingin kongsi inspirasi diy yang sangat kreatif dan enovatif. Tempat letak kasut yang mudah dan jimat. Sesiapa sahaja boleh melakukan di rumah. Asalkan rajin dan mempunyai motivasi untuk membuatnya.

Mesti korang selalu pening memikirkan bagaimana menyimpan kasut yang banyak. Terutamanya orang macam saya yang memiliki kasut yang terlalu banyak sehinggakan rak kasut di rumah penuh dan tersusun-susun. Pening kepala saya memikirkan bagaimana untuk menyimpan kasut-kasut tersebut. Sekarang saya nak kongsi hasil carian saya tentang cara mudah menyimpan kasut dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling kita.

Hanya menggunakan batang paip pvc yang besar, ikut kehendak anda ingin guna saiz apa. Susun batang paip satu satu keatas. Untuk melekatkan antara satu sama lain guna gam khas untuk melekatkan batang paip tersebut. Selain itu bakul-bakul, penyangkut baju, tong sampah atau kayu yang tak digunakan juga boleh digunakan. Selain kreatif dan inovatif ianya juga menjimatkan.Tempat letak kasut ini sangat menarik dan unit dan kemas untuk penyimpanan kasut yang banyak.

  • Batang Paip Pvc






  • Bakul Sayuran


  • Hanger / Penyangkut Pakaian





  • Tong Sampah Ikea



  • Kayu Terpakai


Kreatif kan, memang ligat dalam fikiran ni nak buat sendiri nanti, memang betul-betul menarik dan senang untuk cuba diy di rumah. Selamat mencuba!