Hari ni saya nak kongsi idea kasut kahwin yang menjadi idaman semua orang untuk merialisasikan impian sesebuah perkahwinan. Bagi sesetengah orang kasut adalah benda yang tidak terlalu penting untuk di selitkan dalam list perkahwinan, apatah lagi jika sesuatu majlis perkahwinan tersebut dibuat di rumah keluarga sendiri. Jesteru kasut adalah perkara yang terakhit akan di fikirkan.
Lain pula bagi saya kasut adalah sangat penting, walaupun majlis perkahwinan nanti akan dibuat di rumah, saya tetap pentingkan kasut yang selesa dan kasut tersebut boleh saya gunakan selepas majlis perkahwinan, tidak la nanti terperak sahaja dalam kotak kasut sehingga berkulat. Sangat tidak berbaloi. Oleh itu saya inginkan idea kasut yang flaksibel dan selesa di pakai. Selain itu saya sukakan kasut yang tertutup dan rekaan lace atau simple iaitu rekaan yang kosong sahaja tanpa perincian.
Mak saya selalu berpesan kalau beli kasut lebih baik bertutup, tampak lebih manis. So saya fikirkan idea kasut kahwin saya jenis yang bertutup atau sedikit terbuka di bahagian hadapan, tetapi tetap tertutup kerana pakai stokin. Di sini saya tunjukkan idea kasut kahwin untuk di kongsi bersama.
No comments:
Post a Comment