Monday, 4 April 2016

Deko Bilik Tidur Idaman

Bilik tidur adalah tempat yang sangat penting, selain tempat berehat setelah seharian berkerja, bilik tidur juga adalah tempat untuk menghilangkan stress. Bilik tidur yang kemas akan dapat merehatkan minda yang bercelaru. Oleh itu untuk membangkitkan suasana idaman di bilik tidur. Saya ingin berkongsi inspirasi yang saya sangat suka untuk  dihias di dalam bilik tidur. 

Deko bilik tidur idaman dengan menggunakan warna putih dan bertemakan tema kegemaran saya iaitu vintage dan fairy tale. Saya sangat menyukai dekorasi menggunakan cadar putih atau cream dengan meletakkan hiasan lampu fairy lights. Suasana suram menimbulkan suasana ketenangan dengan fairy light yang mewujudkan fairy tale. Saya sangat menyukai dekorasi ini kerana dengan suasana yang suram saya dapat merehatkan minda setelah seharian berkerja. Selain menimbulkan mood romantis dan tenang.

Disini saya berkongsi gambar deko bilik tidur idaman yang memang saya idamkan, selain untuk jangka masa yang panjang hiasan ini di gunakan nanti, saya juga bercadang untuk menghias bilik pengantin seperti ini. 

Untuk pengetahuan semua, melalui pencarian saya, lampu fairy lights tersebut boleh di beli di jalan pasar berdekatan petaling street. Jalan pasar adalah tempat menjual banyak barang-barang elektronik dan juga lampu-lampu yang menjadi idaman anda. Lebih senang anda ringan mulut untuk bertanya di manakah kedai menjual fairy lights. Selamat mencari!







Ini antara contoh deko bilik tidur idaman saya, menggunakan katil ikea yang sangat vintage, kelambu dan juga fairy light. Katil ikea ini dah lama saya minat dan berhajat beli nanti untuk rumah kami setelah berkahwin. Tetapi Mr H cakap katil tu tidak kukuh dan bakal patah. Saya tetap dengan pendirian saya untuk beli katil tersebut. 

Kelambu tersebut boleh di beli di gm klang. Harganya sangat murah daripada anda beli secara online. Pastikan anda tawar menawar untuk mendapatkan harga yang paling murah.









ini adalah contoh diy yang menarik minat dan menjadi inspirasi untuk saya nanti. 

Berminat nak beli fairy lights dengan saya boleh email xxadrianahusseinxx@gmail.com





1 comment:

  1. Sis mcm mne eh.. Nk order kelambu ni sy lme cri ni..

    ReplyDelete