Saturday, 2 April 2016

Contoh Barang Hantaran Simple

Assalamualaikum

Hari ini saya nak kongsi contoh barang hantaran yang saya fikir sangat tepat dan simple. Banyak contoh barang hantaran yang saya fikirkan bersesuaian di letakkan nanti, tetapi apabila fikir kembali. Saya merasakan hanya barang-barang yang perlu sahaja saya akan beli untuk menampakkan kemeriahan majlisnperkahwinan saya nanti.

Sehubungan dengan itu, barang hantaran yang telah saya setuju adalah seperti berikut:

Barang hantaran untuk lelaki

  • Buah-buahan
  • Kek
  • Coklat
  • Manisan
  • Wallet dan belt
  • Jam
  • Sepasang baju melayu
  • Sireh junjung
  • Minyak wangi

Barang hantaran untuk perempuan
  • Buah-buahan
  • Kek
  • Coklat
  • Telekong
  • Al-quran
  • Bag
  • Sepasang kain pasang
  • Sireh junjung
  • Cincin/rantai
  • Minyak Wangi

Mengikut adat, memang pihak perempuan sepatutnya memberi hantaran lebih kepada pihak lelaki, tapi saya rasa ok agaknya sama jumlahnya atau saya akan fikirkan lagi untuk tambah apa yang patut nanti. Harap contoh di atas dapat memberi panduan kepada anda juga. Lagi senang kalau tak payah barang hantaran. Tapi begitulah keadaannya apabila tanya banyak pihak perlu jugak hantaran ni. Untuk menyenangkan semua pihak kita sediakan juga barang hantaran yang perlu sahaja, tapi banyakan barang hantaran yang berbentuk makanan atau manisan. 


No comments:

Post a Comment