Bahan-bahan utama
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit dan lenyek lagi sehingga rata.
Bahan-bahan Resepi Sos
1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang sehingga bertukar warna sedikit perang.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api ( jika sos berketul masukkan dalam blender untuk cairkan sos tersebut)
Senang sahaja resipi ni. Cuba la, sesuai untuk hidangan kepada teutamu yang ramai. Mudah dan lazat. Sesuatu yang mudah adalah kegemaran saya. Semua orang suka mash potato ni.
No comments:
Post a Comment