Wednesday, 30 March 2016

Inspirasi diy : Tempat letak kasut yang murah dan jimat

Assalamualaikum

Hari ni saya kerja dan saya rasa sangat bosan, entah kenapa dua tiga hari ni rasa hati berbelah bahagi dan tidak keruan. Mengantuk yang amat sambil hilangkan mengantuk saya ingin kongsi inspirasi diy yang sangat kreatif dan enovatif. Tempat letak kasut yang mudah dan jimat. Sesiapa sahaja boleh melakukan di rumah. Asalkan rajin dan mempunyai motivasi untuk membuatnya.

Mesti korang selalu pening memikirkan bagaimana menyimpan kasut yang banyak. Terutamanya orang macam saya yang memiliki kasut yang terlalu banyak sehinggakan rak kasut di rumah penuh dan tersusun-susun. Pening kepala saya memikirkan bagaimana untuk menyimpan kasut-kasut tersebut. Sekarang saya nak kongsi hasil carian saya tentang cara mudah menyimpan kasut dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling kita.

Hanya menggunakan batang paip pvc yang besar, ikut kehendak anda ingin guna saiz apa. Susun batang paip satu satu keatas. Untuk melekatkan antara satu sama lain guna gam khas untuk melekatkan batang paip tersebut. Selain itu bakul-bakul, penyangkut baju, tong sampah atau kayu yang tak digunakan juga boleh digunakan. Selain kreatif dan inovatif ianya juga menjimatkan.Tempat letak kasut ini sangat menarik dan unit dan kemas untuk penyimpanan kasut yang banyak.

  • Batang Paip Pvc






  • Bakul Sayuran


  • Hanger / Penyangkut Pakaian





  • Tong Sampah Ikea



  • Kayu Terpakai


Kreatif kan, memang ligat dalam fikiran ni nak buat sendiri nanti, memang betul-betul menarik dan senang untuk cuba diy di rumah. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment