Bermulanya kisah saya start google tentang bunga tangan atau di panggil hand bouquet. Hajat hati memang nak diy sendiri untuk majlis perkahwinan nanti, jadi bermula dari penelitian saya saya sangat berminat dengan bunga Calla lily dan juga lavender ungu. Bunga calla lily ni sangat popular dan hot pada masa kini, kebanyakan majlis perkahwinan menggunakan bunga ini, lagipun bunga ini sangat mewah dan elegent apabila di jadikan hand bouquet
Bunga calla lily saya akan gunakan untuk majlis akad nikah dan majlis perkahwianan sebelah saya nanti. Lagipun warna baju sebelah saya ivory white, jadi sangat sesuai dengan bunga ni.
Kita belanja lagi
Majlis pernikahan personaliti tv3 nurul shuhada
.
Selain pegang di tangan bunga calla lily juga boleh diletak di dalam pasu untuk di jadikan hiasan semasa majlis perkahwinan nanti, untuk diy hand bouquet saya akan tunjuk pada post nanti
Rancangan seterusnya untuk majlis sebelah lelaki, saya berhajat untuk menggunakan bunga lavender, mungkin jarang di lihat sesebuat majlis perkahwinan di malaysia menggunakan bunga lavender, di barat sangat popular bunga lavender dan kelihatan sangat vintage. Saya suka warna ungu lavender dan kebetulan songket saya berwarna dusty purple. Sesuai sangat dengan bunga lavender, jenuh nak mencari nanti.kerana minat.hurm
Kat mane nak dapatkan bunga cala lily tu?
ReplyDelete