Saturday, 2 April 2016

centerpieces


Majlis perkahwinan tidak lengkap jika tidak ada bunga-bunga di sekeliling sebagai hiasan. Selain mencantikkan ruang, bunga hiasa juga dapat menwujudkan aura positif dan kegembiraan kepada semua. Untuk centerpieces nanti saya ingin diy pada masa majlis perkahwinan saya. Selain menjimatkan saya kan puas dengan hasil kerja saya sendiri. Untuk anda yang tidak mengetahui fungsi centerpieces ini adalah untuk di letakkan di tengah meja bulat untuk tetamu atau di depan meja makan beradap. Bertepatan dengan tema yang anda ingini.

Botol kaca susu

Contoh-contoh centerpieces  yang akan saya letakkan nanti di atas meja adalah seperti dalam botol kaca susu. Untuk menampakkan kemeriahan pada botol kaca tersebut anda boleh hias menggunakan tema rustic atau vintage. Selain menggunakan bunga-bunga segar anda juga boleh gunakan bunga hiasan yang lebih murah harganya. Selain jimat, bunga tersebut lebih tahan lama.


 Kira-kira bajet 
  • Botol kaca susu beli di ikea RM2.50  sebiji  6 botol RM15
  • Lace + tali guni+ kain guni RM10
  • Bunga hiasan beli di kaison atau kedai bunga RM20
  • Total untuk 6 biji centerpieces menggunakan botol kaca susu RM45
Maka inilah hasilnya lebih jimat dan berbaloi-baloi cantik apabila diy. Hasilnya akan memuaskan hati apabila kepuasan wujud.




Botol mason

Botol yang sangat vintage dan banyak di jual dimana-mana sahaja. Botal mason ni dah ada 3 biji di rumah saya untuk di buat air detox setiap hari, jadi boleh la di gunakan barang sedia ada di rumah untuk mendapatkan hasil centerpieces yang exotic dan kretif. Untuk anda yang sukakan tema rustic boleh menggunakan pelbagai material fabrik guni sebagai balutan kepada botol mason tersebut. Untuk tema vintage pula bole menggunakan reben-reben yang menarik untuk bertepatan dengan tema tersebut

Kira-kira bajet
  • Botol mason boleh di beli di kedai jepun daiso atau kaison harga sebiji RM5 , saya perlu beli 3 biji kerana di rumah ada 3 biji. So harga 3 biji RM15
  • Reben+kain guni +tali guni RM10
  • Bunga hiasan beli di kaison RM20
  • Total RM45







wahh! Dengan kos yang jimat anda boleh dapat centerpieces yang sangat menarik seperti ini



Selain daripada botol-botol di atas, anda juga boleh menggunakan botol yang sedia ada dirumah seperti botol sos atau tin susu pekat/ cair. Lebih jimat dan kreatif. Contoh seperti berikut. Kos untuk botol tersebut boleh di tolak hanya tambah kos bahan sampingan seperti reben,tali guni dan fabrik kain guni serta bunga sahaja. Sangat menjimatkan!








No comments:

Post a Comment