Assalamualaikum,
Lama betul saya tidak menulis di sini, sekarang saya kembali. Nak cerita tentang barang hantaran yang dah di beli dan di rancang. Kami berdua sepakat untuk membeli barang sendiri-sendiri, dalam kata lain barang saya, saya yang beli, barang dia, dianyang beli, mudah sikit nak memenuhi citerasa sendiri.
Beli barang hantaran ni ada caranya. Antara teknik mudah yang harus diketahui oleh bakal pengantin untuk merialisasikan majlis perkahwinan dan kebaikan dikemudian hari. Antara teknik tersebut ialah
- Membeli barang keperluan yang akan di pakai selepas majlis perkahwinan (bag, minyak wangi, jam, kasut)
- Banyakkan makanan dan manisan (kek, coklat, manisan, kuih muih) makanan boleh di makan nanti.
- Rancang kos untuk membuat hantaran (recycle bekas hantaran sedia ada. Pinjam atau menyewa)
- Beli barang hantaran mampu milik, jika anda rasa tidak mampu untuk membeli bag yang mahal, belilah bag yang harga sederhana yang mampu milik, semua ini terpulang kepada anda
- Diy sendiri hiasan hantaran, lebih mudah, jimat dan berkreativiti jika dapat membuat hantaran sendiri, nilai sentimental tu mendalam dalam setiap gubahan yang di lakukan. Cubalah rasai kepuasan tersebut.
Tepuk dada , tanya hati..
No comments:
Post a Comment