Thursday, 31 March 2016

Resepi Mash Potato Ala KFC



Bahan-bahan utama
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. 
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit  dan lenyek lagi sehingga rata.

Bahan-bahan Resepi Sos 
1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang sehingga bertukar warna sedikit perang.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api ( jika sos berketul masukkan dalam blender untuk cairkan sos tersebut)

Senang sahaja resipi ni. Cuba la, sesuai untuk hidangan kepada teutamu yang ramai. Mudah dan lazat. Sesuatu yang mudah adalah kegemaran saya. Semua orang suka mash potato ni.

Wednesday, 30 March 2016

Inspirasi diy : Tempat letak kasut yang murah dan jimat

Assalamualaikum

Hari ni saya kerja dan saya rasa sangat bosan, entah kenapa dua tiga hari ni rasa hati berbelah bahagi dan tidak keruan. Mengantuk yang amat sambil hilangkan mengantuk saya ingin kongsi inspirasi diy yang sangat kreatif dan enovatif. Tempat letak kasut yang mudah dan jimat. Sesiapa sahaja boleh melakukan di rumah. Asalkan rajin dan mempunyai motivasi untuk membuatnya.

Mesti korang selalu pening memikirkan bagaimana menyimpan kasut yang banyak. Terutamanya orang macam saya yang memiliki kasut yang terlalu banyak sehinggakan rak kasut di rumah penuh dan tersusun-susun. Pening kepala saya memikirkan bagaimana untuk menyimpan kasut-kasut tersebut. Sekarang saya nak kongsi hasil carian saya tentang cara mudah menyimpan kasut dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling kita.

Hanya menggunakan batang paip pvc yang besar, ikut kehendak anda ingin guna saiz apa. Susun batang paip satu satu keatas. Untuk melekatkan antara satu sama lain guna gam khas untuk melekatkan batang paip tersebut. Selain itu bakul-bakul, penyangkut baju, tong sampah atau kayu yang tak digunakan juga boleh digunakan. Selain kreatif dan inovatif ianya juga menjimatkan.Tempat letak kasut ini sangat menarik dan unit dan kemas untuk penyimpanan kasut yang banyak.

  • Batang Paip Pvc






  • Bakul Sayuran


  • Hanger / Penyangkut Pakaian





  • Tong Sampah Ikea



  • Kayu Terpakai


Kreatif kan, memang ligat dalam fikiran ni nak buat sendiri nanti, memang betul-betul menarik dan senang untuk cuba diy di rumah. Selamat mencuba!

Tuesday, 29 March 2016

Tips kuruskan lengan

Assalamualaikum

Badan dah cnatik, tapi lengan besar gedabak, pernah dengar orang cakap kat anda macam tu. Selain tu pernah tak situasi apabila bergambar terpaksa menyorok belakang kawan-kawan untuk menyembunyikan lengan yang besar itu. Jangan risau ada jalan penyelesaiakan masalah anda itu

1. Jaga pemakanan

Kita sedia maklum, makanan yang sihat sangat baik untuk kesihatan kita, selain memberi kesihatan yang baik, salah satu kesan dari pengambilan makanan yang sihat dapat mengurangkan kadar lemak dalam badan kita. Seperti yang sedia maklum makanan yang tidak sihat atau mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi dapat memusnahkan impian kita untuk kurus, makan la makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin , kekacang dan bahan tenusu. Selain dapat mengecilkan lengan kita dapat hidup yang harmoni dah sejahtera tanpa menyakit yang merbahaya. Tips penting juga, tidak guna senaman atau ke gim setiap hari jika melantak bagai nak rak setiap hari. Sekian harap maklum

2. Senaman

Senaman sangat penting untuk mengecilkan lengan. Senaman dapat membakar kalori yang terdapat di kawasan lengan dengan lebih cepat. Cara senaman ini tidak terhad di gim sahaja, tetapi anda juga bole melakukannya di rumah dengan membeli dumbell di kedai-kedai peralatan sukan atau hypermarket yang berdekatan. Pergi di bahagian alat-alat sukan dan gim. Selain itu terdapat cara senaman yang boleh di amalkan seperti gambar yang saya tunjukkan di bawah ini.selamat mencuba !


Tekan pada gambar untuk besarkan imej



3. Minum banyak air kosong

Untuk detox kita perlukan minum air kosong yang banyak sekurang-kurangnya 3-5 liter air setiap hari. Air kosong dapat mempersihkan usus secara semulajadi dan mempercepatkan proses perkumuhan dalam badan kita, selain dapat mengecilkan lengan, kulit juga semakin cantik dan lembab


SELAMAT MENCUBA




Saturday, 26 March 2016

Kad Kahwin Jimat

ASSALAMUALAIKUM,

Happy holiday !

Hari cuti hujung, saya hanya berehat di rumah, malas pulak hendak keluar. Weekent adalah waktu saya merehatkan diri setelah penat berkerja tiap hari. Hari ni nak kongsi idea untuk kad kahwin yang murah dan mudah untuk diy sendiri. Saya bercadang nak diy sendiri kad kahwin saya, kebetulan di rumah memang ada printer. Perancangannya memang macam tu tapi kita tengok la macam mana nanti. Mana tau tetiba berubah fikiran untuk tempah je. Tetapi bagi saya walau secantik atau semahal kad kahwin akhirnya ke tong sampah juga tempatnya.

Saya ada server tentang kad kahwin diy ni, pada masa kini, kad kahwin yang memang hit menggunakan craft paper. Sangat murah dan menjimatkan, tapi kalau tempah pon tak de la mahal sangat, cuma bila kita diy kita akan ada satu perasaan puas, apatah lagi untuk majlis perkahwinan sendiri. Setelah menjalankan penyelidikan (penyelidikan la sangat), saya bersetuju untuk design kad kahwin seperti di bawah, sangat sweet dan vintage. 




Step to step untuk diy kad kahwin
1. Design kad kahwin 
2. Print menggunakan craft paper size A4
3. Potong 3 bahagian daripada craft paper tersebut, so dalam satu helai dapat 3 keping kad kahwin
4. Letak dolly paper seperti gambar
5.Ikat menggunakan tali guni
DONE!



Design macam ni pun saya suka jugak, tapi dolly paper ni susah nak cari. Dolly paper ni jenis empat segi dan jarang di jumpai di mana-mana kedai. Kalau jumpa mungkin di pertimbangkan design macam ni. 

Saya dalam proses untuk mencari bahan mentah untuk projek ni, nanti next post saya akan kongsi dari mana bahan mentah tersebut saya beli. Tunggu...

Friday, 25 March 2016

Kurus Dalam Masa 10 Hari

Assalamualaikum,

Jom cabar diri, nak kurus dan cantik bukan semudah petik jari, perlu usaha keras. Ini antara rahsia diet yang memang terbukti menjadi jika kita betul-betul punyai tekad yang tinggi, jom cabar diri dengan diet ini. mula hari ni dan selama seminggu akan lihat hasilnya.

Untuk pengetahuan semua diet dengan telur iaitu protein sangat membantu dalam mempercepatkan  proses penurunan berat badan.Diet telur adalah sangat sesuai untuk mereka yang ingin memiliki bentuk badan yang ideal dan membina otot-otot supaya lebih cantik. Ahli bina badan juga mengambil diet telur untuk memgekalkan otot-otot supaya tidak kecut. Pengambilan protein sangat berkesan dalam meningkatkan tahap kesihatan yang baik

Ini antara rutin yang saya dapat kongsi untuk kurus  sebanyak 10kg dalam masa 10 hari. Selamat mencuba


Tekan pada gambar untuk penglihatan lebih jelas

Thursday, 24 March 2016

Hand Bouquet

Assalamualaikum

Bermulanya kisah saya start google tentang bunga tangan atau di panggil hand bouquet. Hajat hati memang nak diy sendiri untuk majlis perkahwinan nanti, jadi bermula dari penelitian saya saya sangat berminat dengan bunga Calla lily dan juga lavender ungu. Bunga calla lily ni sangat popular dan hot pada masa kini, kebanyakan majlis perkahwinan menggunakan bunga ini, lagipun bunga ini sangat mewah dan elegent apabila di jadikan hand bouquet



Bunga calla lily saya akan gunakan untuk majlis akad nikah dan majlis perkahwianan sebelah saya nanti. Lagipun warna baju sebelah saya ivory white, jadi sangat sesuai dengan bunga ni.

Kita belanja lagi 



Majlis pernikahan personaliti tv3 nurul shuhada
.

Selain pegang di tangan bunga calla lily juga boleh diletak di dalam pasu untuk di jadikan hiasan semasa majlis perkahwinan nanti, untuk diy hand bouquet saya akan tunjuk pada post nanti

Rancangan seterusnya untuk majlis sebelah lelaki, saya berhajat untuk menggunakan bunga lavender, mungkin jarang di lihat sesebuat majlis perkahwinan di malaysia menggunakan bunga lavender, di barat sangat popular bunga lavender dan kelihatan sangat vintage. Saya suka warna ungu lavender dan kebetulan songket saya berwarna dusty purple. Sesuai sangat dengan bunga lavender, jenuh nak mencari nanti.kerana minat.hurm







Lavender, sesejuk mata memandang...


Wednesday, 23 March 2016

Diet Atkins

Diet Atkins adalah program diet rendah karbohidrat yang membatasi konsumsi karbohidrat untuk menurunkan berat badan. Diet penurunan berat badan ini dirancang oleh Dr. Robert Atkins pda tahun 1972.

Pada diet ini, makanan tinggi karbohidrat akan diganti dengan makanan tinggi protein dan lemak.
Berkurangnya asupan kalori dari karbohidrat akan dikompensasi oleh kalori dari lemak dan protein.Diet ini tidak hanya digunakan untuk mengatasi obesitas, tetapi juga untuk mengobati epilepsi atau diabetes.Tetap akan ada efek samping tertentu yang mungkin muncul akibat diet ini.
Berikut akan dipaparkan tetang fakta dan efek samping diet Atkins.

Fakta tentang Diet Atkins

1. Diet Atkins adalah diet rendah karbohidrat yang didasarkan pada asumsi bahwa karbohidrat bertanggung jawab terhadap kenaikan berat badan.
2. Oleh karena itu, menghilangkan karbohidrat dari diet Atkins sangat penting.
Namun kalori dari karbohidrat akan diganti dengan kalori yang berasal dari protein dan lemak.
3. Hal pertama yang perlu dilakukan adalah membatasi konsumsi karbohidrat, misalnya asupan karbohidrat hanya 40 gram dalam sehari.
4. Bila asupan karbohidrat dibatasi, tubuh akan mengalami ketosis.
Saat terjadi ketosis, tubuh akan membakar lemak dan menggunakannya sebagai bahan bakar untuk mendapatkan energi.
5.  Ketika mengalami ketosis, tubuh akan mulai membakar lemak untuk mendapatkan energi dan meredakan keinginan untuk mendapat asupan karbohidrat.
6. Ada empat fase dalam diet Atkins, yaitu fase induksi, fase ongoing, fase pra-pemeliharaan, dan fase pemeliharaan.
7. Fase induksi berlangsung selama 14 hari pertama. Pada fase ini akan mulai terlihat terjadinya penurunan badan.
Penurunan berat badan yang cepat terjadi karena asupan karbohidrat dibatasi hanya sampai 20 gram/hari.
Makanan yang termasuk dalam fase induksi meliputi brokoli, selada, tomat, dan sayuran lainnya.

Makanan bertepung seperti kentang, yoghurt, nasi, dan lainnya dikeluarkan dari menu makanan sehari-hari.
8. Pada tahap berikutnya, fase ongoing, asupan karbohidrat ditingkatkan sebanyak 5 gram setiap minggunya.
9. Pre-maintenance adalah tahap dimana penurunan berat badan mulai melambat.
10. Setelah mencapai target berat badan yang diinginkan, maka masuklah ke fase pemeliharaan. Karbohidrat terus meningkat tapi dijaga jangan sampai meningkatkan berat badan.

Efek Samping Diet Atkins

Efek samping yang mungkin timbul dari diet Atkins misalnya nafas tidak segar, pusing, mual, kelelahan, dan kelemahan.
Berikut penjelasan lengkapnya:
1. Karena konsumsi karbohidrat rendah, tubuh akan mengalami ketosis dimana keton akan diproduksi oleh tubuh.
2. Keton yang dihasilkan tubuh akan dikeluarkan melalui urin dan napas.
Inilah yang menjadi penyebab napas tidak segar yang biasa terjadi pada ketosis.
Untuk mengatasinya, minumlah banyak air sehingga keton dapat dikeluarkan dari tubuh melalui urin.
3. Menurut teori Atkins, orang biasanya kecanduan makanan dengan kadar gula tinggi.
Ketika mengikuti diet Atkins, asupan karbohidrat diturunkan secara mendadak sehingga menyebabkan gejala ‘ketagihan’.
Gejalanya meliputi kelelahan, pusing, jantung berdebar, keluar keringat dingin, dan kelemahan.
Biasanya gejala-gejala di atas akan hilang dalam tiga hari.
Namun jika gejala-gejala tersebut menetap selama lebih dari tiga hari dan semakin parah, diet harus segera dihentikan.
4. Sembelit merupakan efek samping utama dari diet Atkins.
Dalam diet ini, asupan makanan tinggi serat dibatasai sehingga menimbulkan sembelit.
Untuk mengatasinya, buatlah salad sayuran dengan bahan-bahan sesuai diet. Mengonsumsi banyak salad berguna untuk menghindari sembelit.
5. Sebagian orang yang menjalani diet Atkins mungkin mengalami kram. Kurangnya mineral merupakan penyebab utama terjadinya kram.
Konsumsi banyak cairan serta mengambil suplemen kalium dan magnesium sesuai kebutuhan dapat membantu mengatasi kondisi tersebut.
Jika salah satu efek samping di atas semakin parah, segeralah berkonsultasi dengan dokter dan hentikan diet.
Sebelum memulai program diet, sebaiknya berkonsultasi dengan dokter serta ahli gizi yang berlisensi.
Sory bahasa kurang memuaskan. Baca dengan tenang ye
Sumber maklumat dari Google

Untuk sumber yang lebih jelas tentang diet Atkin ni boleh baca buku ni, macam best je.


Diet Tanpa Berlapar

Assalamualaikum

Hari ni saya berpuasa, rasa nak rehat kan perut dan ganti puasa yang masih tinggal, dah dekat nak raya, jadi kene ganti cepat-cepat. Hari ni nak kongsi tips diet kepada semua.
Saya ni boleh di katakan orang yang mepunyai badan yang cepat naik dan cepat juga turun, kalau puasa 3 hari dah sudut badan, tapi kalau makan banyak dalam masa dua hari boleh baik jugak 2,3 kilo. Pada masa dulu sebelum kerja selalu la jaga badan, pagi-pagi peegi jog, pergi gim petang-petang, makan memang betul-betul jaga, makan eat clean katanya. Minyak-minyak memang tak sentuh lansung. Fuyoo badan pun bukan main slim lagi.

Tapi satu bende yang dapat saya lihat, masa saya amalkan diet eat clean dan bersenam, badan makin sihat, segar sepanjang hari, rasa macam refresh je setiap hari, hati pon gembira selalu. Selain itu nampak perubahan pada kulit, kulit makin cantik dan flawless, apa pon yang kita makan adalah diri kita, betul la kata orang makanan membentuk diri kita.

Sekarang saya sebuk berkerja dan tidak sempat nak berdiet macam dulu, makan je apa yang nak. Berat badan naik la jugak berkilo-kilo, tapi still jaga sebab semakin umur meningkat semakin banyak penyakin yang wujud dalam diri kita, lagipun family saya ada keturunan penyakit kencing manis dan darah tinggi, jadi kene berjaga-jaga selalu.

Di sini saya nak kongsi tips diet untuk semua

PAGI
7.00pg -10pg
Makan madu 1 sudu,minum susu  hl 1 gelas
10pg - 1tgh
Buah Epal (kalau rasa lapar)

TENGAHARI
1tgh- 3ptg
Makan nasi (segemgam kecil)
Ayam atau telur sebiji
Sayuran

PETANG
3ptg- 4ptg
Minum teh hijau
Minum chia seed

MALAM
7ptg-8mlm
Makan telur sebiji atau sup sayur atau bubur oat

Ini diet yang saya amalkan untuk mencapai goal berat yang ideal, minum air kosong 3 liter sehari dan juga kalau ada masa pergi la jogging atau gim, tak guna bersenam bagai nak rak, tapi makan semua melantak, itu keje sia-sia.


♥♥♥







Wedding Checklist

CHECKLIST

STEP 1
  • Kursus Kahwin  
  • Merisik
  • Bertunang
  • Isi Borang Nikah 
  • Ujian Hiv

STEP 2
  • Baju tunang
  • Baju nikah (putih ivory)
  • Baju resepsi belah lelaki (songket dusty purple)
  • Tempah tailor
  • Cincin (Merisik, bertunang, nikah)
  • Kasut perempuan
  • Kasut lelaki
  • Barang Hantaran
  • Shawl
  • Tiara
  • Make up
  • Henna
  • Kad kahwin
  • Hand bouquet
  • Sampin
  • Songkok nikah

STEP 3 (Belah Perempuan)
  • Makanan
  • Sewa konopi
  • Hiasan luar rumah (reben, paper latern, fairy light, dll)
  • Pelamin
  • Doorgift tetamu
  • Doorgift family / belah lelaki
  • Bunga Telur
  • Phootobooth
  • Wedding guest book
  • Shawl untuk family (color belum ditentukan)
  • Makanan beradab

STEP 4 (Belah Lelaki)
  • Makanan
  • Doorgift
  • Sewa konopi
  • Sewa bus
  • Homestay
  • Kain pasang untuk family (color belum ditentukan)

STEP 5 (Persiapan lain)
  • Rumah
  • Honeymoon (belum fikir lagi)

Kepala Pening

Di sini saya lampirkan check list yang akan saya lakukan mulai sekarang, tarikh majlis perkahwinan belum di tentukan. Majlis merisik dari keluarga lelaki telah di lakukan pada hari raya cina yang lalu.Kami merancang untuk mengadakan majlis pertunangan sekali dengan majlis pernikahan, tetapi niat ayah saya ingin melansungkan majlis pertunangan dahulu, mengikut adat untuk orang melayu katanya, sebenarnya tak penting pon bagi saya dan pasangan, tapi kami turutkan juga niat ayah saya itu.

Kemungkinan majlis pertunangan akan diadakan pada bulan lima dan majlis perkahwinan tersebut akan di adakan pada bulan 9 atau 10, tarikh masih belum di tentukan, buat masa sekarang saya dah start membeli barang sikit-sikif, contohnya membeli kain untuk di buat baju nikah dan bersanding, bukan apa, dalam masa 3 bulan lagi raya akan menjelma, jadi kebarangkalian tailor untuk mengambil tempahan lagi sangat tipis, jadi kami perlu cepat-cepat mencari tailor yang sesuai untuk jahit baju idaman ni. 

Siapa ada cadangan untuk tailor yang korang raya berbaloi dan jahit best boleh inform kat komen ye. Thanks hargai sangat, sekarang tengah server tailor sekitar putrajaya, kajang, bangi dan setempat dengan itu. Harap jumpa yang terbaik. Misi pertama nak beli baju nikah yang ready made tapi bila server kat jalan tar dan gm klang rasa macam nak berubah fikiran untuk tempah baju, memang betol la kata orang, pikiran wanita ni sentiasa berubah dan berbelah bahagi. 


Harap sangat Mr H tak bengang dengan saya. Pikiran macam kelingg!


Merancang Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum


LIST/PLAN
Banyak benda perlu di senaraikan apabila anda hendak melansungkan sebuah perkahwinan, bagi saya tidak perlu bermewah mewahan jika perkara tersebut adalah satu pembaziran, elok bersederhana tapi majlis tersebut kelihatan hebat walaupun bajet rendah, bagi saya kita perlu merancang dengan lebih detail perancangan untuk sesebuah perkahwinan, dari setiap segi kita perlu kan satu buku untuk list semua benda yang kita beli, simpan semua resit-resit pembelian barang-barang perkahwinan, 

WEDDING BOOK
saya mempunyai satu rancangan yang detail untuk mereka yang ingin melansungkan majlis perkahwinan yang menepati citarasa dan terkini, bagi saya pasangan perlu bajet semua benda dan apa yang ingin di beli dengan teliti, beli la satu buku yang comel untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang, nanti mesti anak cucu kita akan lihat, wahh ! Menarik sangat. 


BACA BUKU TENTANG PERKAHWINAN
Dalam masa beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan kita perlu memperbanyakkan membaca buku tentang perkahwinan, alam perkahwinan memang di gambarkan sesuatu yang indah, nikmat dunia, tetapi anda perlu tahu perkahwinan adalah sesuatu yang mencabar, cuba untuk mengambil sebanyak boleh pengetahuan tentang alam perkahwinan, tanya mak ayah kita tentang pengalaman mereka, InyaAllah kita akan sentiasa mempelajari sesuatu yang baru dari hari ke hari, jangan malu untuk bertanya orang yang lebih tua. Pada masa kini encik dan puan google mampu membantu anda, so apa lagi belajar la tanpa jemu


BERSEDIA FIZIKAL EMOSI DAN JASMANI
Untuk menjadi yang bagus bukan mudah, jadi kita perlu bersedia dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk melangkah ke alam rumahtangga, bersediaan dari segi fizikal menjaga kesihatan, kecantikan, jaga makan. Dari segi emosi dan jasmani pula kita perlu mempunyai perasaan ingin berkahwin dan bukannya dari paksaan sesiapa. Bersedia kekurangan dan kelebihan pasangan anda dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri, jika ada timbul perasaan tersebut itu bermaksud anda telah bersedia untuk kahwin! 


Ok sekarang dah boleh kahwin! 



Tuesday, 22 March 2016

New mission


Assalamualaikum, bermula dengan semangat malas nak berblogging balik, dengan semangat dan usaha baru, rasa macam nak menulis balik, beberapa bulan lagi akan melangkah ke alam baru,semoga dengan doa dari semua orang yang tersayang dan diri sendiri masih boleh berdiri disini, satu ayat yang saya pegang dari dulu 'BILA KITA REDHA, HATI AKAN TENANG' yes!! betol apa yang saya pegang selamani, sekarang rasa sangat tenang dan dapat menerima segala yang berlaku dengan redha. 

Ok, habis kat situ, bermulanya blog ni wujud hasil dari inspirasi saya untuk berkongsi saat-saat indah melayari kehidupan mendatang, bunyi serius, nak kongi persiapan majlis perkahwinan dengan semua.yeah ! , kongsi resepi dan juga segala macam bende untuk ditulis. 


Nantikan.....