Saturday, 30 July 2016

Kembali

hi,
Setelah berbulan tak menulis, saya kembali untuk berkongsi dengan semua. Dalam beberapa bulan ni saya mempelajari satu benda iaitu tidak semua apa yang kita ingini kita akan dapat, bersyukur dengan apa yang kita dapat kerana itu yang terbaik untuk kita. sekarang kembali bergembira dengan senyuman paling indah.

tak sabar nak kongsi tips dan diy tentang majlis perkahwinan saya yang akan berlansung tidak lama lagi. Lebih baik bergembira dari berduka.

Monday, 16 May 2016

Contoh barang hantaran

Barang hantaran yang saya telah beli untuk diri sendiri adalah barang yang akan saya pakai nanti. Antara barang yang telah di beli adalah seperti berikut

  • Minyak wangi

Ini antara minyak wangi pilihan saya untuk hantaran nanti, hadiah dari si dia sebenarnya. Saya suka dan jatuh cinta dengan baunya yang wangi. Mungkin akan tambah satu jenis lagi minyak wangi dari jenama berbeza.

  • Telekung

Telekung siti khatijah menjadi pilihan saya untuk salah satu barang hantaran, saya beli di butik siti khatijah di bangi sentral. Sebelum ni memang mak saya menggunakan telekung ini untuk solat harian,  jadi saya pun teruja untuk memiliki telekung tersebut. memang sangat selesa dan materialnya sangat nyaman dan berkualiti tinggi. 

  • Al quran

Al quran ini sangat bagus kerana saya memang bercadang mendalami dan memperbaiki tajwid, selain untuk bacaan harian, Al quran ini juga menyeronokkan kerana mudah di fahami dan menarik minat kita untuk membaca dan terus mendalami Al quran.

  • Coklat /Manisan


coklat pilihan saya, hantaran ni belum beli lagi. Walaubagaimanapun coklat pilihan saya ialah ferrero rocher, kerana senang untuk di beli di pasar raya, bentuknya pun cantik dan coklat yang sedap. Harap tidak berubah fikiran lagi lepas ini.

  • Bag dan kasut
Belum di beli dan masih berfikir untuk beli bag dan kasut jenama apa, nanti saya update 


Setakat ni saya hanya mampu mengatakan barang hantaran hanyalan sebagai memuaskan hati kedua belah pihak, untuk pengtahuan semua barang hantaran ni hanyalan adat dan tidak penting pun sebenarnya. Tapi untuk memeriahkan suasana majlis perkahwinan sahaja.harap dapat membantu mereka yang buntu mencari barang hantaran majlis perkahwinan anda. 




Cara Merancang Barang Hantaran

Assalamualaikum,
Lama betul saya tidak menulis di sini, sekarang saya kembali. Nak cerita tentang barang hantaran yang dah di beli dan di rancang. Kami berdua sepakat untuk membeli barang sendiri-sendiri, dalam kata lain barang saya, saya yang beli, barang dia, dianyang beli, mudah sikit nak memenuhi citerasa sendiri. 

Beli barang hantaran ni ada caranya. Antara teknik mudah yang harus diketahui oleh bakal pengantin untuk merialisasikan majlis perkahwinan dan kebaikan dikemudian hari. Antara teknik tersebut ialah


  1. Membeli barang keperluan yang akan di pakai selepas majlis perkahwinan (bag, minyak wangi, jam, kasut)
  2. Banyakkan makanan dan manisan (kek, coklat, manisan, kuih muih) makanan boleh di makan nanti.
  3. Rancang kos untuk membuat hantaran (recycle bekas hantaran sedia ada. Pinjam atau menyewa)
  4. Beli barang hantaran mampu milik, jika anda rasa tidak mampu untuk membeli bag yang mahal, belilah bag yang harga sederhana yang mampu milik, semua ini terpulang kepada anda
  5. Diy sendiri hiasan hantaran, lebih mudah, jimat dan berkreativiti jika dapat membuat hantaran sendiri, nilai sentimental tu mendalam dalam setiap gubahan yang di lakukan. Cubalah rasai kepuasan tersebut.
Tepuk dada , tanya hati..

Thursday, 14 April 2016

Outdoor Wedding Yang Indah

Pernah terfikir majlis perkahwinan dalam taman? Di kelilingi pokok-pokok dan dedaun hijau serta bunga segar? Di bawah langit terbentang luas. Sangat terpukau untuk sesiapa sahaja yang melihatnya. Majlis perkahwinan yang di adakan di kawasan luar rumah boleh menjadi sejarah terindah dalam kehidupan pengantin yang inginkan suasana semulajadi dan tenang.

Saya juga penah terfikir majlis perkahwinan sebegini, sangat menarik dan memukau, tetapi memandangkan di malaysia adalah musim khatulistiwa dan apabila majlis pada bulan akhir bulan akan mengalami musim tengkujuh, jadi perlu di fikirkan secara bijak la ramalan cuaca nanti,apa kata jika majlis perkahwinan di buat pada awal bulan? Idea yang bijak, hujan kita tidak dapat tentukan bila akan turun, jadi berserah la dan bijak memilih tarikh yang sesuai. 

Akan tetapi keadaan cuaca tidak menjadi masalah jika kita yakin dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan majlis tersebut. Kalau hujan redha je la. Di bawah saya ingin tunjukkan contoh outdoor wedding yang sangat menarik dan boleh di jadikan rujukan kepada bakal pengantin untuk merialisasikan majlis idaman mereka. 



Diy pelmin gaya vintage dan juga di jadikan photobooth yang bertemakan suka hati dan artistik. Suasana hijau dan putih sangat sesuai untuk outdoor wedding ini. Semestinya menjadi kenangan abadi kepada semua orang yang hadir di majlis perkahwinan anda nanti. 



Gunakan kain yang panjang  sebagai hiasan sampingan. Hanya letak di pokok untuk juraian yang  menarik





Hiasan menggunakan paper lantern dan juraian reben juga salah satu hiasan yang sangat indah dan nampak klasik dan vintage



Wednesday, 13 April 2016

Pelamin Rustic

Hari ni nak bercerita tentang pelamin perkahwinan. Sesebuah majlis perkahwinan tidak lengkap jika tiada pelamin. Untuk merealisasikan sesuatu majlis perkahwinan, pelamin adalah salah satu antara list yang penting untuk pasangan yang akan melansungkan sesbuah perkahwinan,

Keadaan ini tidak bermaksud, jika tiada pelamin tidak meriah perkahwiann tersebut, tetapi untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan dan mengembirakan hati semua orang. Pelamin yang sederhana dan meriah akan menjadi kenangan abadi majlis perkahwinan nanti.

Percayalah dengan bajet yang rendah anda boleh diy atau menempah pelamin yang jimat dan menarik. Pernah dengar pelamin gaya rustic, iaitu menggunakan kayu pallet yang menjimatkan. Salah satu list pelamin idaman saya adalah menggunakan tema rustic.

Selain itu saya juga berminat untuk menggunakan tema vintage, winter wedding, garden wedding dan juga english wedding. Impian setiap orang berbeza, mungkin hanya kita yang mampu merialisasikan pada majlis tersebut nanti

Di bawah saya tunjukkan contoh pelamin yang menggunaka tema rustic untuk perkongsian bersama, berminat boleh di jadikan rujukan kepada semua. Dengan menggunakan RM100 hingga RM200 anda boleh dapat pelamin gaya rustic dan boleh diy pelamin idaman untuk kepuasan sediri.








Sangat menarik dan artistik





Promosi Tiket Air Asia 2016

Nak tiket murah untuk melancong atau honeymoon nanti?? Air asia ada promosi sekarang, cepat- cepat book tempat sebelum kehabisan.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Air Asia

Monday, 11 April 2016

Festival Nasi Ambeng 2016

Pengemar nasi ambeng kini boleh mencuba untuk merasai kesedapan nasi tersebut di festival nasi ambeng yang akan diadakan pada 16 dan 17 april 2016 bertempat di Kampung Banghuris, Sepang Selangor

Nasi ambeng pada mulanya popular di kalangan masyarat keturunan jawa, tetapi kini kebanyakan masyarakat mengemari nasi tersebut kerana kesedapan dan lauk yang pelbagai variasi. Saya salah seorang pengemar nasi ambeng, terutamanya ayam kicap, jika lauk ayam kicap adalah terbaik maka sedap la nasi ambeng tersebut. Untuk anda yang nak cuba merasai keenakan dan mencuba pelbagai variasi nasi ambeng boleh cuba datang nanti, saya juga akan pergi ke sana nanti. Bak kata seseorang tu jom diet! 


Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web rasmi JKKN